Tuesday, June 10, 2014

Biar Ikhlas

Tak kira lah susah mana kerja kita, kalau kita ikhlas buat InsyaAllah semua orang senang. Kalau kerja cincai boncai serupa **** dan serah bulat-bulat dekat orang lain, aku prefer buat kerja individu. Tak susah pun kerja dalam kumpulan neh, asal masing-masing tahu kerja masing-masing dan bagi sepenuh komitmen. 


Aku ini manusia biasa, bukan robot yang buat kerja tanpa perasaan (hambik kau). Masalah kat sini satu je, "BELAGAK PANDAI". Cukup tak faham dengan individu belagak pandai neh. Kalau belagak pandai, kerja complete... aku terima. Ini dah la belagak pandai, kerja pun buat aku mengucap banyak-banyak. Kan dah menyusahkan semua orang... 

Kepada kawan-kawan sekalian, pegang lah kata-kata neh "malu bertanya sesat jalan". Tak rugi pun kita bertanya, malah bertambah lagi ilmu kita. Boleh ajar pada orang lain. Dunia kerjaya esok, kita tetap berkerja dalam kumpulan. Apa salahnya kita mula dari sekarang.  

Buatlah kerja seikhlas hati. InsyaAllah barakah... senang semua orang. 

zh

Sunday, June 08, 2014

Sikit je lagi....

A lot of bitter and sweet memories that we could never forgotten....

Sekarang baru rasa, masa betul-betul mencemburui kita. Sekejap sahaja dah nak sampai ke garisan...maybe bukan yang penamat. InsyaAllah, ada rezeki kita tambah lagi ilmu di dada. Alhamdulillah, FYP done, THESIS done. Now, focus to FINAL EXAM. This is last FINAL EXAM on FINAL SEM. Hope everything will be okay. Tak dapat 1st class pun takpe, 2nd class dah syukur. Nasib takde 3rd class. hahaha.

dak dak kelas yg otai, dak dak umah yg brutal.... lepas neh kita nak kena bawa haluan masing-masing.  All the best semua!!!!!

pic poyo - Dinner BENE 2014.

zh

Monday, March 10, 2014

‪‎pray for MH370‬



selagi belum ada kepastian yang nyata, setiap kemugkinan itu masih ada.

Teruskan berdoa semoga selamat semuanya.

keep The faith...InsyaAllah everything will be okay.

#prayforMH370

Friday, February 21, 2014

Inspirasi Baru

kenapa eh perlu ada sumber inspirasi dalam hidup??? Pada aku, itu pembakar semangat untuk aku terus maju ke hadapan. Bak kata omputeh "you know you are on the road to success" and "you create your own opportunities".

Moga dipermudahkan untuk sem terakhir ini. InsyaAllah

Wednesday, February 19, 2014

Recreational Tree Climbing


What is Tree Climbing?

Tree climbing is a recreational activity that combines rope skill and climbing technique to climb and walk a tree through a safe system. Inspired by tree  arborist, recreational tree climbing is a new existing activity for you to try!

Why Tree Climbing?

Tree Climbing may seems to be similar to other rope activity like abseiling and flying fox, but tree climbing combines all parts of your body to thrust your own weight to ascend up the rope and climb the tree. It is very challenging and test your physical and mental fitness.

Where can we try this activity?

The most obvious advantages of this activity is it can be done almost everywhere. As long as there is a tree suitable for climbing, this activity can be done. We also offer specific places to do this activity such as Bukit Tabur, Taman Melawati, Shah Alam, Johor and Pontian, as they offer great view and interesting place to climb a tree.


Offer Packages

1. Package A
Fun Climb  


2. Package B
Basic Recreational Rope Ascending Course
(Certified under SJC )


3. Package C
Basic Tree Climbing Course
(Certified under Tree Climbing Malaysia)

Contact us for more detail at
tel : 017-6146250/ 012-2418744

cc to keris pujangga

zh

Ayam Pansuh Simple Recipe


Ayam pansuh terkenal di kalangan warga Sarawak. Ayam pansuh ini dimasak di dalam buluh dan menghasilkan sup yang super ohsem dari ayam tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan terlalu simple, mudah di masak dan lebih meriah ketika di masak waktu camping.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  1.  Ayam.
  2.  Bawang merah.
  3.  Bawang putih.
  4.  Maggi cukup rasa.
  5.  Garam.
  6.  Serai.
  7.  Halia.
  8.  Daun Kunyit.
  9.  Daun pisang.
  10.  Buluh saiz sederhanan.
Nak wangi lagi??? boh daun limau purut.

Cara-cara
  1. Ayam dipotong saiz sederhana, tidak terlalu besar. Pastikan ayam dicuci sesuci yang boleh.
  2. Bahan-bahan 2,3,4,5,6,7 dan 8 di gaul bersama ayam. Dan lebih sedap jika ke semua bahan-bahan tersebut di tumbuk/ketuk, pastikan tidak terlalu lumat/hancur. (macam rajin je nak bawak batu lesung time camping kannn). Daun kunyit tidak terlalu banyak, sehelai sudah memadai untuk seekor ayam.
  3. Perap ayam bersama bahan-bahan tersebut beberapa minit.
  4. Masukkan ayam ke dalam buluh dan tutup dengan daun pisang.
  5. Bakar di atas bara api. 
  6. Ayam pansuh dibakar selama 40minit bergantung kepada ayam tersebut masak. 
Dah siap boleh duduk bersila menikmati sup ayam yang berjus ini. Sedap dan menarik. Selamat mencuba!

cc: terima kasih kak nid share resepi ayam pansuh yang sempoi ini

zh

Tuesday, February 18, 2014

Ex Mahaguru di Sg. Lopo Village, Hulu Langat.


Pada 31hb Januari 2013, pihak SJC Outdoorz dengan kerjasama Sg. Lopo Village Camp telah menjayakan program Eksesais yang dipanggil sebagai Ex Mahaguru. Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam. Tujuan utama eksesais ini adalah untuk memberi pendedahan dan penambahbaikan latihan-latihan yang ditawarkan.

Antara latihan yang telah berjaya dilakukan sepanjang eksesais ini adalah seperti :

1. Tree Climbing.
2. Abseiling.
3. Navigation.
4. Survival.
5. Evasion.
6. Rescue.
7. Tracking.
8. Craft.
9. Jungle Base.
10. Water Confidence.
11. War games.

Eksesais tersebut bermula pada jam 1530, para peserta diberi taklimat selepas mendaftar. Segala aktiviti dilakukan mengikut perancangan.

Penerangan berkaitan medic diterangkan dengan terperinci.



 Peserta dan jurulatih yang sempoi belaka,














 Tahukah anda bahawa daun buluh merupakan bahan yang mudah dibakar dan sesuai untuk digunakan untuk menghidupkan api atau unggun api.





Air terjun yang sangat nyaman....




Tukang masak yang pro. Jangan risau bab makan. Serah saja pada kami.



Pernah masak ayam dalam buluh? "Ayam Pansuh" sangat enak... bahan-bahan yang ringkas, tapi hidangan yang superb nyumsssss

Tiga hari dua malam yang cukup berbaloi. Jika berminat boleh hubungi kami di 012-2418744.

cc kak nid

sekian,
zh