Thursday, January 19, 2012

usaha, doa dan tawakkal

assalamualaikum >.<

Hari ini aku nak coretkan rasa kecewa terhadap segelintir pelajar yang hanya mampu berserah dari berusaha sedaya upaya mereka. Orang kata "kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang bekerja secara luarbiasa", bukan hanya duduk melanguk lalu dapat kejayaan yang cemerlang. Kalau ada pun, itu rezeki dia. ITS MIRACLE.... Asal aku pun dari Politeknik, kenapa ye aku terdengar "belajar kat poli lain, kat U susah"??? Pada aku, belajar kat mana-mana pun sama jer, kita nak tuntut ilmu bukan mudah kalau kita sendiri tak ada usaha. Mungkin cara pembelajaran berbeza, tapi berdasarkan pemerhatian aku, sama je. Ramai juga yang pandang enteng terhadap kebolehan pelajar poli di U, tapi ramai jer antara mereka yang jauh lebih hebat. Ada yang berjaya, itulah orang kata "diam-diam ubi berisi".

Aku nak cakap banyak-banyak, aku pun belum habis study. Tapi kat sini, just nak share jer. PERTAMA, sebagai pelajar, kita kena tahu niat kita ke U untuk apa, betulkan niat kita yang dah terpesong ke pelosok mana tuh. Then usaha keras, bukan mengharap kejayaan turun dari langit. NO LA!!! open your eyes....
KEDUA, berdoa kepadaNya.... Siapa lagi yang mampu menolong kita selain Allah swt. Boleh kita amalkan doa neh :

DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
"YA ALLAH! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilmu para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani."
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al-Jufri)

KETiGA, setelah kita gigih berusaha, berdoa kepadaNya, jadi TAWAKKAL lah >.< InsyaAllah, dengan izinNya, kejayaan kita perolehi.

-aku pun tengah berdebar-debar tunggu result-

Tuesday, January 17, 2012

NO REASON

assalamualaikum >.<

Seriously, aku tak pandai nak nak tulis jiwang-jiwang macam mereka-mereka yang pandai bermadah pujangga. Tapi aku still rasa perasaan tuh (blushing), i mean jiwang lah. "DALAM HATI ADA TAMAN" beb! Kauorang pernah ada perasaan jealous??? Sure ada en bagi mereka-mereka yang bercintan-cintun macam aku neh. Lagi-lagi ada pengalaman yang menyakitkan hati... Yelah, bila kita letak kepercayaan pada someone yang kita rasa boleh percaya, then kepercayaan kita tuh dikhianati (hamboiiiiiiiiiiii...ayat aku!) sure rasa percaya itu kurang kan??? Marah memang marah, rasa nak letak BOM... Malas nak fikir, sakit hati jer... Tapi tulah, kelemahan wanita (hamboiiiiiiiii) neh cepat cair ngan kata-kata lelaki. Adakah itu yang dinamakan BODOH??? Maybeeeee. Aku pun tak taw apa reason aku tulis menatang neh...

hye u! dont play-play!

-mood : terasa hati-

Sunday, January 15, 2012

aktiviti kuruskan badan

Assalamualaikum >.<

hee...mendeka! mendeka! mendeka! alhamdulillah, selesai sudah final exam untuk sem neh... so, tunggu jer result, sem neh maybe tak bape nak okay, mana tak nya....banyak gila jam kredit nak kena cover. aku hanya mampu tawakkal jer, so next sem kena kerja kuat! kena cover...maybe baru lagi, so samar-samar... =(
soooo....rumate yang baik hati telah membawa aku pergi ke REDTMA RECREATION SPORT CENTRE =) bertujuan untuk mencairkan lemak-lemak di badan, sangat ohsem!

basikal ini ohsem okay!
yey! dapat mendayung basikal tua...
neh awek yang kena reject dengan zoro....
memang patut kena reject, kanak-kanak jadian..hehhhh
water ball, ohsem kan????
with my rumate "thank you!!!"
yea....snap sat...
kayuh jangan tak kayuh...
kayak pun ada =)
finally...dapat jugak tengok matahari terbenam...subhanallah >.<

wahhhh..aku rasa sangat seronok...sebabkan dah petang sampai sana, so tak banyak aktiviti yang aku buat..next time nak try wall climbing, memanah and memana yang belum try lagi...heheheh!!!!

-cuak lak aih bila dok pikiq pasal result, hopefully okay! -