Saturday, May 25, 2013

Di saat-saat genting =P



hi semorang. yeahhhh...hari ini mata aku cukup berpinar, penangan kurang tidur dalam beberapa hari menjelang minggu-minggu terakhir sebelum final exam. Biasalah, banyak assignment yang terhegeh-hegeh nak buat..(menyesal tak sudah sambil geleng-geleng kepala). Minggu-minggu terakhir inilah nak present lah, nak submit assignment lah, nak settle project dan pelbagai perkara yang boleh buat diri sendiri menyesal tak sudah. nak kata pe lagi??? PADAN MUKA itu selayaknya.

Wahai rakan seperjuangan, 
marilah kita menginsafi diri supaya tidak mengulangi perkara ini. Justeru itu, kita kenalah lebih bersedia dengan lebih awal. (every sem azam yang sama). Di saat-saat genting, barulah terasa beban yang menimpa, umpama ditindih bertan-tan batu...hamik ler! Rasakan! Rasakan! Rasakan!

Apa lagi yang mampu aku lakukan, selain usaha sekeras batu buat masa ini. Kena korbankan waktu tidur(dan aku update blog kan). Hahahahaha. Just nak relax my mind... before continue my work. Too many work need to settle, i hope i can handle myself; even rasa diri ini tak terurus lagi. heheheh...

Pulau pandan jauh ke tengah,
ayuh ke sana naik perahu
Apa lagi yang dilengah,
Dah kena baru tahu.


sekian.

zh

Friday, May 17, 2013

Hidup Suatu pengembaraan

Hari yang mendatang
kita rempuh
dengan pelbagai halangan 
kita harungi
dengan bermacam cabaran

Hari ini
kita menikmati kegembiraan
Hari esok
kita merasai kedukaan
itu semua lumrah kehidupan  
yang sudah tertulis...

Hidup di dunia satu kembara...
Kembara yang ditentukan 
oleh kita sendiri
yang mana 
telah ditetapkan oleh tuhan.

Hidup di dunia satu kembara...
kena pandai mencari
kena bijak memilih
kena rasional menilai yang mana baik 
dan yang mana buruk
yang mana kita sendiri 
yang tentukan untuk diri kita, 
bukan orang lain.


zh