Monday, December 31, 2012

Hutan Konkrit!

Assalamualaikum =)

Dunia makin maju, makin canggih, makin tak terkejar kita dek teknologi dunia. Tapi kat sini, bukanlah aku nak cerita pasal teknologi semata. Cuba kauorang lihat persekitaran kita yang kian pesat membangun, cuba kita bezakan pembangunan dulu dengan pembangunan sekarang, jauh berbeza, sangat berbeza. Kita bergerak ke arah kemajuan seiring negara maju lain. Itu dari sudut positifnya.....

Hari ini, bila aku pandang ke arah bukit-bukit yang dahulunya hijau kini berubah menjadi hutan konkrit, perasaan kecewa tetiba datang. Ahhhhh...hutan konkrit telah mencacatkan pemandangan yang dulu banyak memberi ketenangan kepada aku =( 

Thursday, December 27, 2012

Kemensah yang Ohsem!

Assalamualaikum....

Hujung minggu lalu, aku dan kengkawan pergi trekking kat Kemensah (belakang Zoo Negara). Subhanallah, tengah-tengah bandar rupanya masih ada keindahan alam yang terkata cantiknya (bagi pencinta alam semulajadi cam aku neh la kan). Sangat indah.... cukup indah... Subhanallah!!! 
Walaupun kat sana boleh naik ATV bike, tapi weolls trekking. Persiapan untuk trekking mesti cukup dan mestilah bersesuaian. HARUS HARUS HARUS!!!

deras airv mengalir, subhanallah.....

my man.... ehem!

air jatuh... subhanallah

sign board, air terjun Kubang Gajah...

jalan yang licin, kita harung bersama. Sebab tuh pemakaian yang sesuai amat penting. terutama kasut, kalau tidak memang jatuh bergolek-golek dalam lumpur.

neh dia budak comot yang pakai kasut jalan, lalu jatuh bergolek-golek (padan muka aku).

lumpur, selut yang kami harung.... penghujungnya sangat ohsem!!!

walaupun berlumpur bagai, tapi rasa seronok sangat!!!! 


Friday, December 14, 2012

Nostalgia Basikal...

Assalamualaikum... >.<

Sejarah yang tak pernah berhabuk dalam ingatan aku. True story yang tak menyayat hati, cuma ada sulaman rasa sweet-sweet gittuw. Walaupun dah beberapa tahun berlalu, masih fresh dalam kepala aku. Harap fresh sampai bila-bila...



Basikal! Basikal! Basikal!
Ada apa dengan basikal??? Ada cinta yang sedang mekar ketika itu... Ops jiwang lak!

--> Ya Allah... Andai dia jodohku, satukan lah hati kami, teguhkan lah cinta kami. amin amin amin.

Berhabuk!

Assalamualaikum...

Fuhhhhhh Fuhhhhhhhh Fuhhhhhhhhhh!!! Berhabuk blog aku, lama sangat tak menuliskan. Al-maklum lah, busy sangat sem neh, dengan assignment yang susah, mini project yang complicated, serta test yang membuat diri aku tak terurus. Ohmaaaiiiiii!!! Kadang-kadang rasa DOWN gila, rasa masa depan dah gelap after jawab test. Soalan senang, jawapan tuh susah BANGAT. Benda yang basic pun aku tak boleh nak jawab, sebab terlalu focus benda yang sudah.... Salah sape???? Diri sendiri lah kan, last minit punya pasal.

Sem neh tataw pasai pa, rajin jugak aku buat keje amal. Hee.. weollls join IM4U berus gigi singa kat Zoo Melaka. Sangatlah OHSEM kan. Berkhidmat untuk negara, masyarakat serta haiwan-haiwan....

berkhidmat untuk negara!

"jom p kelas"

akak neh rajin menyapu, sesape perlukan khidmat beliau boleh PM

heeeeeeee.... weollls kecik2 je. ringan je!

aku pun muat masuk dalam plastik sampah tuh.

He is my SIR... itu satu kebetulan....!

Eh, this sem aku berkesempatan join SAF... wakil FKEKK =) Walaupun handball kecundang, tapi futsal dapat No. 2 maaaa! Syukur Alhamdulillah... so next sem boleh lah try dapat JOHAN kannnn

otak cergas minda cerdas.... ahaaaaa

ada UFO dok mengusha kami... apahal????

neh ler pemain futsal FKEKK tuh... goal keeper terbaik seh!

Okay, cukuplah takat neh. Harap aku rajin mengupdate blog ini supaya tak berhabuk... Salam =)

Tuesday, July 24, 2012

Selamat Datang Ramadhan =)

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah, kita berjumpa lagi dengan bulan penuh keberkatan yakni Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan kali ini, marilah kita berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala. Semoga kita semua peroleh keberkatan pada bulan yang mulia ini. 

Gunung Nuang (2nd) Bersama Warga IPB

Assalamualaikum =)

Syukur alhamdulillah, pada 7-8hb Julai 2012 saya bersama SJC krew telah menjayakan program bersama-sama pelajar IPB ke Gunung Nuang, Selangor. Perjalanan kami untuk sampai ke Loloh atas mengambil masa selama 3 jam.

Depan pintu masuk Hutan Gunung Nuang...

Sebelum kita mula mendaki, haruslah panaskan badan supaya tidak berlaku kekejangan =) Alhamdulillah semua di dalam keadaan terkawal.

ayuh kita mulakan perjalanan.

mendaki dengan penuh kesabaran, mentaliti harus kuat

berehat sebentar, minum air beberapa teguk.

mari kita hidupkan api... nak masak, lapaq!

nak hidupkan api pun harus ada kesabaran =)

pasang kemah... ayuh tarikkkk kasi tegang.

encik si baju merah sedang memotong kayu api, buat unggun di waktu malam

jemput makan =)

yeahhhh.... harus guna apa yang ada. Di samping boleh mengeratkan hubungan sesama sendiri. "sharing is caring"

Hari terakhir, sebelum pulang harus kemas tempat yang di diami. Sampah sarap di kutip, kebersihan tanggungjawab kita bersama. Tak kira lah kat mana kita berada, kebersihan harus dijaga.

air sungai yang sejuk....

siap berkemas

4 anak dara yang comel belaka

jurulatih bersama peserta

jurulatih program =)

juruletih pun muleh.... ceria je >.<

memoryyyyyy >.<

alhamdulillah.... terima kasih atas kerjasama kalian =)

Wednesday, June 13, 2012

OYEN OYOT

Assalamualaikum ^_^

Hai semorang! Nama saya OYEN OYOT. Umur tak sampai sebulan. 


hahhhhhhhh...neh la wajah saya! kacak kan??? mummy saya sibuk dengan final exam. GOOD LUCK MUMMY!!!!

Sunday, May 20, 2012

Kelahiran "selamat lahir ke dunia"

Assalamualaikum semua ^_^

Jam 1.30a.m. 19/5/2012, air ketuban Cik Kembong mula pecah. Kami terkejut, cepat-cepat carik kotak untuk Cik Kembong beranak. Paling excited si zaza lah, ulang alik tengok kembong memberanakkan anak-anak beliau. Almaklumlah, nak sambut kelahiran cucu. Beberapa jam kemudian, kembong selamat melahirkan anak seramai 4 ekor. Comel seh anak-anak beliau, alhamdulillah..... ^_^ kami dah jadi nenda.

anak-anak kembong beratur minum susu ibu

cumel-cumel

Gembira hati nenda melihat cucu-cucu. Oren saya punya!!!! Oren ada ekor yang cantik. Semoga kalian sihat ^_^

** date neh salah, zaza lupa nak set

Saturday, February 11, 2012

Gunung Nuang

Assalamualaikum =)

Isnin lalu, 6 Februari 2012 saya bersama krew META INFO TRAINING AND SERVICES telah ke Gunung Nuang, Hulu Langat selama 2 hari 1 malam. Kami bermalam di loloh atas. Masa yang di ambil untuk sampai ke loloh atas selama 4 jam. Perjalanan untuk turun pulang ke bawah mengambil masa 2 jam. Suasana di atas nyaman sekali. Subhanallah, saya dapat merasai air sungai yang sejuk dan menghirup udara segar.

perjalanan ke loloh atas mengambil masa 4jam...
"cepat sikit"
buluh-buluh...
gaya seorang hiker
khemah siap di pasang
encik lan sedang menunjukkan cara-cara memasang gas
"meh makan maggi yg superb"
air sungai yg deras...sejuk!
suasana yang nyaman....subhanallah
dinner =)
lapar ke abg-abg oik???
suasana pagi yang indah...
makhluk ini besar =)

Biasanya kalau nak sampai ke puncak, 3 hari 2 malam... so, next time sesiapa yang berminat untuk menjelajah dunia hutan (Gunung Nuang) boleh PM saya.